Khairul Fahmi Apek Dan Leuniey Kini Sah Bercinta?
Pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada Khairul Fahmi yang popular
dengan nama Apek sudah menemui cinta baru selepas gagal dalam percintaan
sebelum ini. Walaupun sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan dengan
Leuniey Natasha, Apek menafikan yang mereka berdua bercinta. Hanya
sekadar kawan biasa.
Sebentar tadi, menerusi Instagram, Apek telah pun mengupload gambarnya
bersama Leuniey seperti di atas dengan caption “US”. Tambah menarik
apabila Leuniey turut sama mengupload gambar dengan caption yang sama
menerusi akaun Instagramnya pulak. Adakah mereka berdua kini sudah sah
menjadi pasangan kekasih?
Pastinya ramai gadis-gadis di luar sana yang kecewa dengan berita ini.
Namun Abang Nara gembira kerana di mata ini Apek dan Leuniey memang sama
cantik sama padan. Diharap selepas ini tiada lagi kontroversi yang
melanda Apek sekaligus Apek dapat fokus terhadap kerjayanya. Semoga
hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.
No comments:
Post a Comment