Sunday, October 7, 2012

Kumpulan Kompang Sri anggerik Seremban, Senawang, Negeri Sembilan

Kumpulan Kompang Sri anggerik Seremban, Senawang, Negeri Sembilan..

Kumpulan Kompang Sri Anggerik ini sangat istimewa.. Persembahan yang di berikan bukan sekadar perarakkan pengantin sahaja, tetapi ada juga ada pakej persembahan yang sangat menarik..

Antara Pakej Persembahan Yang Istimewa Kumpulan Kompang Sri Angerik Adalah:
  • Kompang Perarakkan Persandingan Pengantin
  • Kompang Perarakkan Pengantin Malam Berinai
  • Kompang Silat dan Persembahan Silat Pengantin
  • Persembahan Kompang Berirama Lebih Dari 5 Buah Lagu
  • Persembahan Kompang Dikir Barat Beserta Tarian
  • Persembahan Kompang Zapin Beserta Tarian Zapin

Kos Persembahan Mengikut Pakej:
  • Pakej RM250: Kompang Perarakkan Sahaja
  • Pakej RM400: Semua Pakej Persembahan ( Kecuali Kompang Perarakkan Pengantin Malam Berinai).
  • Pekej RM500: Semua Pakej Persembahan Seperti Di Atas..

Dalam masa yang sama, Kumpulan Kompang Sri Anggerik juga menerima tempahan untuk majlis-majlis lain seperti:
  • Majlis Khatam Al-Quran
  • Majlis Berkhatan
  • Majlis Rasmi (Untuk Perarakkan Tetamu VIP)
  • Lain-lain Majlis (Mengikut Aturcara Majlis)


Segala Perbincangan Dan Pertanyaan Boleh Hubungi:
  • Encik Azman (Pengurus Kelab Kompang Sri Anggerik)
    Hp: 012-6524127
    Tel. Kelab: 06-6793820
  • Encik Aliff ( AJK Kelab Kompang Sri Anggerik )
    Hp: 017-2685357


Anda Juga Boleh Berkunjung Ke Alamat Kelab Kompang Sri Anggerik:
No 374 Lorong 15 Taman Desa Anggerik 70450 Senawang N.Sembilan.. (Rumah Menghadap Tangki Air, Berdekatan Jalan Besar)

Tuesday, October 2, 2012

Hidayah Itu Akan Sampai Jua – Sasha Saidin

Hidayah Itu Akan Sampai Jua – Sasha Saidin




Gembira membaca kata-kata Sasha Saidin yang diterbitkan menerusi Kosmo Ahad baru-baru ini. Nampaknya Sasha sekarang ini sedang sibuk mendalami ilmu agama. Mengakui dirinya nakal semasa muda, kini Sasha sering menghadiri kuliah-kuliah daripada penceramah luar negara seperti Mufti Zimbabwe, Ismail Menk dan Shuhaib Webb.

Walaupun masih belum terbuka hati untuk berhijab, Sasha Saidin percaya satu hari nanti hidayah akan sampai jua kepada dirinya. Untuk itu, Sasha kini sedang giat mempelajari ilmu Al-Quran. Kata Sasha:-
Kebanyakan orang berpendapat, jika tidak mendapat hidayah, kita tidak boleh membaca Al-Quran. Bagi saya, itu kurang tepat, sebaliknya jika kita selalu mendekatkan diri, pasti hidayah itu akan sampai juga. Bagi mereka yang hati tidak tenang, alangkah bagus jika mereka mendengar zikir kerana ia mampu menenangkan jiwa. Setiap kali memulakan perjalanan untuk ke suatu tempat, kata-kata pujian kepada Allah itu menjadi teman saya. Saya sedar ada orang sinis saya berkata bergini. Malah ada orang kata saya mahu berceramah tapi percayalah, niat saya hanya ingin berkongsi dan apa yang saya lakukan ini dengan niat ikhlas untuk mencari keredaan Allah dan mengharapkan hidayahNya.
Semoga pencarian Sasha akan berakhir dengan berita gembira satu nanti. Marilah kita doakan kehidupan Sasha bersama anaknya Adam akan terus bahagia di masa hadapan. Bukan senang hendak menjaga anak tanpa seorang suami di sini namun kita dapat lihat ketabahan di wajah Sasha. Teruskan usahamu Sasha Saidin!!!

(12 GAMBAR)Lynda Roslan Di Majlis Pencarian Covergirl Majalah Nur & Dara.com

(12 GAMBAR)Lynda Roslan Di Majlis Pencarian Covergirl Majalah Nur & Dara.com



Semalam telah pun berlangsung majlis pencarian covergirl untuk majalah Nur dan Dara.com. Kesemua peserta yang berjaya ke final memang comel-comel belaka. Paling penting, keayuan dan kecantikan mereka terserlah di dalam busana muslimah yang diperagakan.

Salah seorang peserta finalis majlis ini ialah tak lain tak bukan artis Metrowealth Pictures, Lynda Roslan. Walaupun gagal merangkul kejuaraan, busana muslimah yang dipakai oleh Lynda Roslan telah dinobatkan sebagai “Best Dress”. Memang cantik pun busana tersebut.

Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang. Kepada penganjur, semoga pertandingan sebegini dapat diteruskan di masa hadapan. Lagi 10 gambar Lynda Roslan di majlis pencarian covergirl majalah Nur dan Dara.com dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada MIG Online.











Saya Bukan Jenis Perampas Dan Perosak Rumahtangga Orang – Nora Danish

Saya Bukan Jenis Perampas Dan Perosak Rumahtangga Orang – Nora Danish



Dalam beberapa minggu banyak cerita berkaitan dengan Nora Danish kita telah dengar.. Keayuannya dan kecantikkannya membuatkan ramai lelaki yang meminati Nora Danish termasuklah lelaki yang telah beristeri... Tapi kini, Nora Danish berkata kepada Pancaindera yang dia bukanlah perosak rumahtangga orang mahupun seorang perampas.

Kenyataan ini dikeluarkan kerana namanya pernah dikaitkan dengan Adi Putra ketika Adi mengalami krisis rumahtangga dengan isterinya. Ada peminat yang ekstrem telah melabelkan Nora Danish sebagai perosak rumahtangga. Ternyata dakwaan itu langsung tidak benar apabila rumahtangga Adi Putra pulih seperti biasa. Kata Nora:-
Saya dah masak dengan cerita-cerita dan gosip yang melanda saya selama ini. Saya anggap itu satu dugaan kepada saya dalam membina kerjaya sebagai pelakon. Saya bukan jenis perosak rumahtangga orang bahkan bukan perampas. Saya tahu apa yang saya boleh lakukan dan jauh sekali untuk melakukan perkara terkutuk seperti yang dikatakan.
Yang terbaru, Nora Danish mengakui dirinya sedang dalam proses mengenali hati budi seorang ahli perniagaan. Hubungan mereka masih berada di tahap kawan namun Nora berjanji akan mengumumkan sekiranya hubungan tersebut maju setapak di masa hadapan. Lebih penting, Nora Danish berkata yang dia akan bertudung sepenuhnya tidak lama lagi.
Saya sudah berubah, namun perubahan yang saya lakukan itu bukan secara mendadak tetapi perlahan-lahan. Alhamdulillah, saya sudah dua kali menunaikan umrah. Insya Allah saya akan bertudung tidak lama lagi, saya sedang menantikan masa yang sesuai. Saya tidak mahu nanti ada yang kata saya bertudung kerana ikut trend sekarang. Saya ingin lakukannya dengan hati yang ikhlas.
Semoga masa yang sesuai itu akan tiba tidak lama lagi. Pasti banyak peminat yang akan gembira melihat penampilan Nora Danish dengan imej bertudung kelak. Confirm lebih cantik, manis dan ayu. Semoga perubahan itu akan membawa satu titik baru dalam kehidupan insan bernama Nora Danish.




Kami Benar-Benar Putus Cinta Kali Ini – Tiz Zaqyah

Kami Benar-Benar Putus Cinta Kali Ini – Tiz Zaqyah



Selalunya orang bercinta, bila putus ada kemungkinan untuk bersambung balik. Remy Ishak dan Tiz Zaqyah pun macam itu jugak. Sepanjang percintaan mereka, banyak kali putus sambung, putus sambung. Namun kali ini, Tiz Zaqyah berkata yang ikatan percintaan mereka sudah terlerai.

Walaupun sedang menjalani penggambaran sebagai pasangan kekasih di dalam drama Cinta Jangan Pergi, Tiz Zaqyah berkata antara dirinya dan Remy sudah tiada keserasian:-
Kali ini antara saya dan Remy, kami benar-benar putus cinta. Lebih kurang tiga bulan ikatan percintaan itu sudah terlerai. Rasanya kali ini putus terus, tak mahu sambung-sambung macam dulu lagi. Saya dan Remy bercinta kira-kira tiga tahun, tapi di pengakhiran kedua-duanya menyedari tiada keserasian dan persefahaman antara kami. Justeru jalan terbaik, kami bawa haluan masing-masing.

Malah Tiz Zaqyah memohon peminat-peminat mereka (RITZ) untuk tidak mencari kesalahan dirinya ataupun Remy. Kata Tiz:-
Seperkara lagi, cukup-cukuplah orang nak mencari kesalahan saya mahupun Remy. Mereka tak lalui apa yang kami rasa dalam perhubungan. Kepada mereka yang berpengalaman bercinta tapi tiada jodoh untuk melangkah ke fasa seterusnya, akan tahu apa yang kami lalui. Perlu terima hakikat. Apabila tiada jodoh, kita tak boleh paksa. Tak semua yang kita rancang menjadi kenyataan.
Pasti semua peminat setuju dengan kata-kata Tiz. Bukan semua yang kita rancang, bukan semua yang kita nak akan terjadi. Pasti ada hikmah di sebalik perpisahan ini. Sama-samalah kita doa, Tiz akan berjumpa dengan lelaki yang lebih sempurna sebagai suaminya suatu hari nanti. Good luck and all the best kepada Tiz dan Remy dalam mengharungi kehidupan solo selepas ini.

Songlap Dan Bunohan Dominasi Keputusan Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2012

Songlap Dan Bunohan Dominasi Keputusan Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2012

Setiap tahun, Malaysia menghasilkan sejumlah filem-filem, namun tidak semuanya boleh dipanggil filem berkualiti. Kualiti filem biasanya dinilai melalui Festival Filem Malaysia (FFM), namun pada tahun ini satu lagi majlis anugerah yang mengiktiraf kualiti filem tempatan diadakan pada tahun ini iaitu Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2012.

Untuk pengetahuan anda, Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur adalah sebuah kumpulan pengkritik filem yang diasaskan pada November 2011 dan tertubuh secara maya di Kuala Lumpur (merangkumi sekitar Lembah Kelang).

Majlis ini berfungsi sebagai penonton berfikir yang analitikal dalam memilih filem Malaysia (serta beberapa kategori lain) terbaik sepanjang tahun.

Kumpulan ini terdiri daripada sekumpulan pengkritik yang bertugas dalam pelbagai bidang, yang terpilih dalam kalangan editor, pengarang dan blogger yang berdedikasi dalam penulisan dan penganalisian filem, yang mana sekumpulan daripadanya sudah melahirkan beberapa ulasan filem yang kritikal, memenuhi aspirasi, mutu dan kefahaman sebuah pembikinan dan pengkaryaan filem yang unggul dan menyeluruh. 

Kumpulan ini turut bertindak sebagai badan penilai dan pemilih sekelompok filem yang ditayangkan pada satu-satu masa untuk diberi pengiktirafan yang sepatutnya dalam mencapai kewajaran seni, estetika dan kepakaran yang dipertanggungjawabkan. Filem-filem yang terpilih merupakan kesemua filem yang ditayangkan di “pawagam” Malaysia, termasuk di International Screening GSC.

Tahun ini, Majlis ini telah meneliti 62 buah filem. Menurut mereka, terdapat peningkatan kuantiti dalam pencalonan sulung ini, tetapi secara purata, kebanyakan filem masih lemah seperti tahun-tahun lalu, dan tidak mencapai piawaian sebuah filem yang boleh ditonton dengan berlandaskan formula dan bahasa yang benar-benar sinematik, walaupun untuk sebuah filem kontemporari (komersial). 

Kebanyakan filem masih lemah dalam asas pembikinan, khususnya cerita dan penceritaan.  Sungguhpun begitu, terdapat sekumpulan filem tempatan yang mencapai mutu baik yang amat dipuji. Rekomendasi diberikan terhadap beberapa filem, yakni Songlap, Misteri Jalan Lama, Bunohan,  3 Temujanji dan 29 Februari.



Buat pegetahuan anda, keputusan majlis ini telah dikeluarkan hari ini. Senarai pemenang utama ialah:-

FILEM TERBAIK
Songlap (Lina Tan, Ahmad Puad Onah, dan Lee Mee Fung sebagai penerbit)
 
PENGARAH TERBAIK
Dain Said untuk Bunohan
 
PELAKON LELAKI TERBAIK
Faizal Hussein untuk Bunohan
 
PELAKON WANITA TERBAIK
Mislina Mustafa untuk Sumpahan Puaka
 
SINEMATOGRAFI TERBAIK
Haris Hue Abdullah untuk Songlap
 
LAKON LAYAR TERBAIK
Fariza Azlina Isahak untuk Songlap
 
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
Husyairy Hussein untuk Bunohan
 
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
Normah Damanhuri untuk Songlap
 
Majlis ini turut memberi pengiktirafan penghormatan buat Charin Pengpanich sebagai pengarah sinematografi untuk Bunohan yang bukan warganegara Malaysia, walaupun begitu telah menunjukkan hasil kraf sinema yang amat tinggi dan paling menyemarak antara kesemua filem Malaysia yang dipertandingkan. 
 
Untuk tahun hadapan, pencalonan akan dibuka buat warganegara bukan Malaysia yang membikin filem tempatan, usahasama mahupun di bawah produksi tempatan.

Pada pendapat kami, keputusan ini terbaik, sememangnya Songlap ialah sebuah filem yang menyampaikan mesej dengan mudah dan bermakna, dan yang penting, menimbulkan impak mendalam. Bunohan, walaupun jalan cerita sukar difahami tetapi teknik pembikinan filem ini boleh dikatakan terbaik setakat ini.
 

(TAHNIAH)Neelofa Dilantik Sebagai Duta King Koil

(TAHNIAH)Neelofa Dilantik Sebagai Duta King Koil


Walaupun dilanda pelbagai kontroversi, nama Neelofa tetap laris dan laku bagai goreng pisang panas. Selepas dilantik menjadi duta Avon, kini Neelofa telah disambar oleh pembuat tilam terkemuka, King Koil sebagai duta produk mereka. Memang murah rezeki Neelofa ini.

Pasti ramai yang teruja untuk mendapatkan tilam King Koil selepas perlantikan Neelofa ini. Kepada jejaka-jejaka single, anda boleh mendapatkan tilam King Koil dan bayangkan Neelofa berada di sisi anda ketika tidur (ini gurau je nie). Tahniah kepada Neelofa atas perlantikan ini. Semoga terus maju jaya di masa hadapan.

Emma Maembong Dikatakan Kaki Propa Kerana Tidak Menepati Janji

Emma Maembong Dikatakan Kaki Propa Kerana Tidak Menepati Janji




Semenjak muncul menerusi drama Kau Yang Terindah, nama Emma Maembong mula popular. Namun kata orang, kalau dah popular pasti ada cerita kurang molek mula kedengaran. Entah benar atau tidak, semalam menerusi Pancaindera, Emma Maembong dikatakan kaki propa kerana gagal menghadiri temujanji yang diatur.

Menurut si penulis (Syed), Emma ada membuat temujanji kira-kira jam 11 pagi bersama team Pancaindera. Namun sampai ke sudah batang hidung Emma tidak kelihatan. Tiada pula SMS atau panggilan telefon daripada Emma untuk menyatakan hasratnya membatalkan temujanji tersebut. Menurut Syed, ini bukan kali pertama Emma Maembong berkelakuan sebegini.

Hmmmm. Kadang-kadang rasa pelik juga kenapa bila ada artis yang baru nak meningkat nama pasti ada cerita sebegini yang keluar. Kaki propalah, janji tak ditepatilah, bermasam mukalah dan macam-macam le lagi. Yang pasti si Emma nie ada penjelasannya yang tersendiri. Sama-samalah kita tunggu.

Monday, October 1, 2012

Mengenang Sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu

Mengenang Sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu


OhArtis pasti ramai di antara pembaca yang membesar dengan sitkom ini. Untuk itu kami akan membawakan satu cerita dari ‘orang lama’ tentang kisah menarik disebalik kewujudan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini. Ikuti kisahnya di bawah.

Aku peminat setia sitkom ni. Bermula dengan tajuk Syy.. kemudiannya ditukar kepada Kampung Seri Wangi, Flat Seri Wangi dan terakhir Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Semuanya bermula pada tahun 1983 ketika aku tinggal di Sg Besar dan aku tak pernah miss bahkan setiap kali keluar ceritanya, aku akan rakam menggunakan video player VHS masa tu. Bahkan keluarga aku juga meminati cerita ni.

Kini hampir 28 tahun,dan aku terus meminati mereka. Watak-watak asal seperti Pak Uda (Allayarham Zami Ismail), Pak Busu (Allahyarham Mohamad Abdullah), Mak Usu (Wan Maimunah), Mak Uda (Sabariah Hitam), Budin(Imuda), Mat Deris (Ahmad Busu), Wan Ismail Golok (Sabri Yunus), Maiden (Allahyarham Sabtu Hussein) dan sebagainya masih terpahat dalam ingatan aku. Berlatarbelakangkan kawasan setinggan,k edai Maiden menjadi tumpuan mereka untuk berehat, berkumpul dan bercerita apa saja topik yang menggelikan hati kita semua yang menontonnya.

Bila masa beredar,maka sitkom ini juga memerlukan perubahan. Maka suasana kampung setinggan sudah tidak sesuai lagi untuk dijadikan background siri ini dan bermulalah era baru bagi sitkom ini. Bermula dengan perubahan nama kepada Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Set background berubah kepada kawasan flet kononnya mereka ini dipindahkan ke rumah flat kerana kawasan setinggan itu telah diambil alih oleh pemaju.

Maka masuklah watak-watak baru yang menggambarkan suasana masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini. Antaranya seperti Suzie (Susan Ho), Accapan (nama watak aku dah lupa) dan Ana (Marlia Musa). Masih kekal dengan sitkom nombor 1 di Malaysia walaupun disaing hebat oleh sitkom 2+1 yang turut dibintangi oleh Imuda dan Ahmad Busu.Namun satu watak yang terpaksa dimatikan ialah watak Mak Uda lakonan Sabariah Hitam. Ada satu episod yang mengisahkan tentang kematian Mak Uda. Mungkin Othman Hafsam selaku penerbit ada reason yang tersendiri dan yang menarik juga ialah ramai pelakon undangan turut memeriahkan siri ini antaranya Zaibo, Vanidah Imran, Puteri Salbiah, Osman Kering, Bob Lokman (diawal kemunculannya dalam industri hiburan), Omar Abdullah dan nama-nama besar yang lain.

Video di bawah ini adalah sitkom asal Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang ketika itu dikenali dengan nama SYYYYY…. yang ditayangkan kepada umum pada pertengahan tahun 80-an.



Terlupa aku watak Mat Over lakonan Sulaiman Yassin. Aku pun lupa sejak bila wujud watak ini samada di Kampung Seri Wangi atau Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Tahun demi tahun, sitkom ini terus di ranking teratas pilihan rakyat Malaysia dan begitu juga perubahan yang berlaku dalam barisan pelakonnya. Maka wujudlah satu watak baru iaitu Mak Ngah lakonan Khatijah Tan yang asalnya adik kepada Pak Busu tetapi akhirnya telah menjadi suami kepada Pak Uda dan watak Accapan telah digantikan oleh pelakon Sathia (Ravi) dan Susan Ho digantikan oleh Angelina Tan (Lucy).

Watak-watak ini terus kekal sehinggalah tamat episod yang terakhir dan tidak disambung lagi (aku tak pasti episod mana menjadi episod terakhir sitkom ni).

Lokasi penggambaran sitkom ini ialah di Panggung Seni, UKM Bangi. Sepanjang rakaman tersebut adalah jugak aku pergi tengok secara live dorang buat rakaman bersama dengan kawan-kawan. Tak salah aku dalam episod Jejak Kasihan, masa tu pelakon undangan dia Aziz Desa (kisah Pak Uda hilang). Lepas tu aku pergi lagi tapi lupa episod apa. Maklumlah, bukan jauh sangat dari rumah aku kat Kg Bangi. Kemudian mereka berpindah lokasi rakaman di Institut Permata, Petronas Bangi kat Ayer Hitam (kalau tak salah aku nama tempat tu).



Kini selepas 28 tahun, karya mereka terpahat kemas dalam ingatan aku.Mereka yang terlibat aku kategorikan sebagai lagenda.Sekarang usia mereka sudah bertambah bahkan ada yang tidak sihat dan ada yang sudah meninggal dunia seperti Allahyarham Mohamad Abdullah, Allayarham Zami Ismail dan Allahyarham Sabtu Hussin. Ahmad Busu pula mengidap beberapa penyakit dan sering uzur. Imuda pula satu ketika mengidap penyakit buah pinggang. Yang masih aktif macam Sathia, Angelina Tan dan Khatijah Tan. Marlia Musa pula agak sepi sejak jadi isteri M.Nasir.

Mungkin penghargaan paling tinggi yang mereka terima ialah pementasan teater muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada 24 November hingga 3 Disember 2006 yang lalu di Istana Budaya. Sebahagian dari mereka juga turut berlakon. Tetapi bagi aku, mereka perlu diberi penghargaan yang lebih tinggi kerana mereka telah mewujudkan fenomena yang sangat menarik dalam industri hiburan tanah air. Mana mungkin sitkom mereka yang menjadi antara yang paling lama di tayangkan (bahkan siaran ulangannya sehingga kini di Astro Warna) mampu diikuti oleh mana-mana sitkom di Malaysia ini.
Aku membesar dengan setiap episod mereka sejak 1983 lagi dan mereka dah jadi sebahagian dari kehidupan aku. Terima kasih kepada sesiapa yang ada upload sitkom ini ke YouTube atau lain-lain. Bagi aku, mereka adalah LAGENDA…

Gambar Sekitar perkahwinan jaguh Badminton dunia, Lin Dan

Gambar Sekitar perkahwinan jaguh Badminton dunia, Lin Dan




Siapa tak kenal dengan Lin Dan, seteru nombor 1 kepada Datuk Lee Chong Wei. Sukar sekali untuk kita lihat Lee Chong Wei menewaskan Lin Dan. Memang kehebatan Lin Dan ini diakui dunia termasuk Datuk Lee Chong Wei sendiri. Apapun abaikan seketika tentang kisah badminton ini, kita lihat seleksi gambar perkahwinan Lin Dan dan pasangannya, Xie Xingfang yang juga seorang pemain badminton baru-baru ini dalam satu majlis penuh gilang-gemilang.

Pemain badminton nombor satu negara dan Indonesia, Datuk Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat telah dijemput tetapi tidak dapat menghadirinya kerana bertembung dengan kejohanan Japan Open. Sebab tu la Lin Dan tak dapat join Japan Open dan LCW kembali ke carta nombor satu dunia.








Apa yang menarik, Lin Dan sempat membuat sedikit exercise sebelum majlis berlangsung. Nampak dia punya excited tu. Haha. Tapi mungkin ini cara dia sebagai seorang atlit menghilangkan rasa gemuruh dalam diri. Mugnkinlah.

Lebih manis lagi, semasa ikrar perkahwinan ataupun marriage vows berlangsung, Lin Dan telah memegang tangan isterinya dan menjerit “I do” di depan para tetamu. Sweet gitu!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...