Mengenang Sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu
OhArtis pasti ramai di antara pembaca yang membesar dengan sitkom
ini. Untuk itu kami akan membawakan satu cerita dari ‘orang lama’
tentang kisah menarik disebalik kewujudan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu
ini. Ikuti kisahnya di bawah.
Aku peminat setia sitkom ni. Bermula
dengan tajuk Syy.. kemudiannya ditukar kepada Kampung Seri Wangi, Flat
Seri Wangi dan terakhir Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Semuanya bermula pada
tahun 1983 ketika aku tinggal di Sg Besar dan aku tak pernah miss bahkan
setiap kali keluar ceritanya, aku akan rakam menggunakan video player
VHS masa tu. Bahkan keluarga aku juga meminati cerita ni.
Kini
hampir 28 tahun,dan aku terus meminati mereka. Watak-watak asal seperti
Pak Uda (Allayarham Zami Ismail), Pak Busu (Allahyarham Mohamad
Abdullah), Mak Usu (Wan Maimunah), Mak Uda (Sabariah Hitam),
Budin(Imuda), Mat Deris (Ahmad Busu), Wan Ismail Golok (Sabri Yunus),
Maiden (Allahyarham Sabtu Hussein) dan sebagainya masih terpahat dalam
ingatan aku. Berlatarbelakangkan kawasan setinggan,k edai Maiden menjadi
tumpuan mereka untuk berehat, berkumpul dan bercerita apa saja topik
yang menggelikan hati kita semua yang menontonnya.
Bila masa beredar,maka sitkom ini juga memerlukan perubahan. Maka
suasana kampung setinggan sudah tidak sesuai lagi untuk dijadikan
background siri ini dan bermulalah era baru bagi sitkom ini. Bermula
dengan perubahan nama kepada Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Set background
berubah kepada kawasan flet kononnya mereka ini dipindahkan ke rumah
flat kerana kawasan setinggan itu telah diambil alih oleh pemaju.
Maka
masuklah watak-watak baru yang menggambarkan suasana masyarakat
berbilang kaum di Malaysia ini. Antaranya seperti Suzie (Susan Ho),
Accapan (nama watak aku dah lupa) dan Ana (Marlia Musa). Masih kekal
dengan sitkom nombor 1 di Malaysia walaupun disaing hebat oleh sitkom
2+1 yang turut dibintangi oleh Imuda dan Ahmad Busu.Namun satu watak
yang terpaksa dimatikan ialah watak Mak Uda lakonan Sabariah Hitam. Ada
satu episod yang mengisahkan tentang kematian Mak Uda. Mungkin Othman
Hafsam selaku penerbit ada reason yang tersendiri dan yang menarik juga
ialah ramai pelakon undangan turut memeriahkan siri ini antaranya Zaibo,
Vanidah Imran, Puteri Salbiah, Osman Kering, Bob Lokman (diawal
kemunculannya dalam industri hiburan), Omar Abdullah dan nama-nama besar
yang lain.
Video di bawah ini adalah sitkom asal Pi Mai Pi Mai
Tang Tu yang ketika itu dikenali dengan nama SYYYYY…. yang ditayangkan
kepada umum pada pertengahan tahun 80-an.
Terlupa aku watak Mat Over lakonan Sulaiman Yassin. Aku pun lupa
sejak bila wujud watak ini samada di Kampung Seri Wangi atau Pi Mai Pi
Mai Tang Tu. Tahun demi tahun, sitkom ini terus di ranking teratas
pilihan rakyat Malaysia dan begitu juga perubahan yang berlaku dalam
barisan pelakonnya. Maka wujudlah satu watak baru iaitu Mak Ngah lakonan
Khatijah Tan yang asalnya adik kepada Pak Busu tetapi akhirnya telah
menjadi suami kepada Pak Uda dan watak Accapan telah digantikan oleh
pelakon Sathia (Ravi) dan Susan Ho digantikan oleh Angelina Tan (Lucy).
Watak-watak ini terus kekal sehinggalah tamat episod yang terakhir dan
tidak disambung lagi (aku tak pasti episod mana menjadi episod terakhir
sitkom ni).
Lokasi penggambaran sitkom ini ialah di Panggung Seni,
UKM Bangi. Sepanjang rakaman tersebut adalah jugak aku pergi tengok
secara live dorang buat rakaman bersama dengan kawan-kawan. Tak salah
aku dalam episod Jejak Kasihan, masa tu pelakon undangan dia Aziz Desa
(kisah Pak Uda hilang). Lepas tu aku pergi lagi tapi lupa episod apa.
Maklumlah, bukan jauh sangat dari rumah aku kat Kg Bangi. Kemudian
mereka berpindah lokasi rakaman di Institut Permata, Petronas Bangi kat
Ayer Hitam (kalau tak salah aku nama tempat tu).
Kini selepas 28 tahun, karya mereka terpahat kemas dalam ingatan
aku.Mereka yang terlibat aku kategorikan sebagai lagenda.Sekarang usia
mereka sudah bertambah bahkan ada yang tidak sihat dan ada yang sudah
meninggal dunia seperti Allahyarham Mohamad Abdullah, Allayarham Zami
Ismail dan Allahyarham Sabtu Hussin. Ahmad Busu pula mengidap beberapa
penyakit dan sering uzur. Imuda pula satu ketika mengidap penyakit buah
pinggang. Yang masih aktif macam Sathia, Angelina Tan dan Khatijah Tan.
Marlia Musa pula agak sepi sejak jadi isteri M.Nasir.
Mungkin penghargaan paling tinggi yang mereka terima ialah pementasan
teater muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada 24 November hingga 3 Disember
2006 yang lalu di Istana Budaya. Sebahagian dari mereka juga turut
berlakon. Tetapi bagi aku, mereka perlu diberi penghargaan yang lebih
tinggi kerana mereka telah mewujudkan fenomena yang sangat menarik dalam
industri hiburan tanah air. Mana mungkin sitkom mereka yang menjadi
antara yang paling lama di tayangkan (bahkan siaran ulangannya sehingga
kini di Astro Warna) mampu diikuti oleh mana-mana sitkom di Malaysia
ini.
Aku membesar dengan setiap episod mereka sejak 1983 lagi dan
mereka dah jadi sebahagian dari kehidupan aku. Terima kasih kepada
sesiapa yang ada upload sitkom ini ke YouTube atau lain-lain. Bagi aku,
mereka adalah LAGENDA…
Apa kata TV3 kumpulkan semua artist pi Mai pi Mai yang tu yang masih ada buat re union untuk mengenang nostalgia masa lalu. Buat satu rancangan Khas dan ditayangkan semasa hari raya aidil fitri.
ReplyDeleteApa kata TV3 kumpulkan semua artist pi Mai pi Mai yang tu yang masih ada buat re union untuk mengenang nostalgia masa lalu. Buat satu rancangan Khas dan ditayangkan semasa hari raya aidil fitri.
ReplyDelete