Saturday, September 22, 2012

Mamat Sepah Jauhkan Diri Daripada Jepp dan Shuib

Mamat Sepah Jauhkan Diri Daripada Jepp dan Shuib


Sikap Mamat sepah yang seakan-akan menjauhkan diri daripada dua lagi sahabatnya iaitu Jepp dan Shuib menjadi tanda tanya apabila Mamat sukar dihubungi oleh dua lagi sahabatnya sejak mereka disahkan berpecah sebelum ini… Jepp dan Shuib yang telah berbelas tahun berkawan dengan Mamat binggung mencari punca dan ingin menyelamatkan persahabatan mereka..
“Entah sebab apa jadi begitu, saya kurang pasti? Orang lain telefon dia jawab, kalau kami yang telefon pula, dia tidak mahu mengangkat. Tapi kami dengan hati tulus masih lagi ingin berkawan dengannya.”
“Tambahan pula saya dah berbelas tahun menjadi sahabat dengan Mamat. Kalau boleh tak mahulah perhubungan ini menjadi keruh,”
“Setakat ini kami tidak ada apa-apa isu. Malah sepanjang penggambaran filem Sepah The Movie pada tahun lalu, kami bersikap profesional walaupun pada awalnya tiada keserasian antara kami,” (Mstar)
Bagaimanapun tambah Jepp lagi, dia mengambil hal itu secara positif dengan menganggap Mamat mungkin sibuk kerana pelbagai urusan kerja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...