Tonton Filem Kegemaran Anda Menerusi Facebook Astro World Of Movies
Ketika filem The Avengers ditayangkan di Malaysia, ramai begitu
sibuk dengan kehidupan masing-masing.. Sehinggakan ade yang tak sedar filem terbaru telah di tayangkan di pawagam.. Sedar-sedar filem The Avengers
dah tak ditayangkan lagi di pawagam.
Jika anda tak sempat nak tonton movie ni di pawagam, The Avengers boleh ditonton menerusi saluran terbaru
Astro (481) yang dikenali sebagai Astro Best .
Anda boleh menonton The Avengers dengan harga hanya RM10 sahaja, Jika anda Google mengenai Astro Best ini. Rupa-rupanya
konsep saluran terbaru Astro ini sama dengan Astro First. Kalau Astro
First untuk filem tempatan, Astro Best pula adalah untuk filem-filem
antarabangsa. Sayangnya terpaksa tunggu 3 bulan lepas habis tayangan di
pawagam barulah filem-filem awesome seperti The Avengers ini akan keluar
di Astro Best.
Selain daripada Astro Best, anda juga akan teruja dengan servis Astro B.yond
Video On Demand atau singkatannya Astro B.yond VOD. Apa yang akan membuatkan anda teruja ialah anda boleh tengok mana-mana drama, movie,
konsert dan apa sahajalah yang anda tak sempat tengok. Antara
movie yang ada untuk Astro B.yond VOD ini ialah 50/50, Man On A Ledge,
Ashoka, Chalte Chalte dan banyak lagi lah. Menarik kan?
Yang paling membuatkan anda teruja ialah kewujudan applikasi Astro First di
Facebook. Ini memang paling super duper awesome. Kesemua rakyat Malaysia
walaupun bukan pelanggan Astro boleh tengok movie-movie menerusi Facebook Astro World of Movies.
Memang senang sangatlah apps nie. Tekan dua tiga kali dah boleh tengok
dah. Yang penting kena ada akaun Paypal untuk membayar. Selepas dibeli,
filem itu boleh ditonton sampai lebam selama 48 jam. Anda pasti kagum
dengan kualiti video dan audio yang ada. Yang lagi best, leh chatting
ngan orang lain yang turut sama menonton movie tersebut.
Tak sabar rasanya nak tunggu filem-filem lain keluar menerusi apps Facebook Astro First ini. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Astro World of Movies.
No comments:
Post a Comment