Monday, October 1, 2012

Gosip Artis Malaysia Terkini Tidak Jatuh Talak, Hanya Salah Faham – Vanidah Imran

 Gosip Artis Malaysia Terkini Tidak Jatuh Talak, Hanya Salah Faham – Vanidah Imran


Berikutan teguran Mufti Perak mengenai dialog lafaz cerai dalam filem ‘Untuk Tiga Hari’, Vanidah Imran menegaskan tidak berlaku sebarang penceraian diantara dia dan suami.. Menurut Vanidah Imran mungkin terdapat salah faham oleh pihak ketiga tanpa menonton filem itu terlebih dahulu..
“Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang mengatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya?”
“Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri,”
Dalam pada masa yang sama, Vanidah Imran menegaskan yang dia tidak akan ke pejabat agama seperti mana yang dinasihatkan oleh Mufti Perak itu kerana yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa..

Bagaimanapun Vanidah berkata, dia menerima nasihat daripada Harussani sebagai seorang ahli agama namun menganggap ulasan itu hanya dibuat berdasarkan kepada pandangan pihak ketiga tanpa menonton filem berkenaan terlebih dahulu.
“Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku,”
“Saya berpendapat beliau tidak menonton filem itu tetapi hanya mendengar ulasan daripada pihak lain.
“Jika benar telahan saya itu, adalah tidak wajar pihak ketiga mahu mengheret seorang mufti memberi ulasan tanpa beliau melihat sendiri adegan yang saya dan suami lakonkan,” (Mstar)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...