Tuesday, October 2, 2012

Hidayah Itu Akan Sampai Jua – Sasha Saidin

Hidayah Itu Akan Sampai Jua – Sasha Saidin




Gembira membaca kata-kata Sasha Saidin yang diterbitkan menerusi Kosmo Ahad baru-baru ini. Nampaknya Sasha sekarang ini sedang sibuk mendalami ilmu agama. Mengakui dirinya nakal semasa muda, kini Sasha sering menghadiri kuliah-kuliah daripada penceramah luar negara seperti Mufti Zimbabwe, Ismail Menk dan Shuhaib Webb.

Walaupun masih belum terbuka hati untuk berhijab, Sasha Saidin percaya satu hari nanti hidayah akan sampai jua kepada dirinya. Untuk itu, Sasha kini sedang giat mempelajari ilmu Al-Quran. Kata Sasha:-
Kebanyakan orang berpendapat, jika tidak mendapat hidayah, kita tidak boleh membaca Al-Quran. Bagi saya, itu kurang tepat, sebaliknya jika kita selalu mendekatkan diri, pasti hidayah itu akan sampai juga. Bagi mereka yang hati tidak tenang, alangkah bagus jika mereka mendengar zikir kerana ia mampu menenangkan jiwa. Setiap kali memulakan perjalanan untuk ke suatu tempat, kata-kata pujian kepada Allah itu menjadi teman saya. Saya sedar ada orang sinis saya berkata bergini. Malah ada orang kata saya mahu berceramah tapi percayalah, niat saya hanya ingin berkongsi dan apa yang saya lakukan ini dengan niat ikhlas untuk mencari keredaan Allah dan mengharapkan hidayahNya.
Semoga pencarian Sasha akan berakhir dengan berita gembira satu nanti. Marilah kita doakan kehidupan Sasha bersama anaknya Adam akan terus bahagia di masa hadapan. Bukan senang hendak menjaga anak tanpa seorang suami di sini namun kita dapat lihat ketabahan di wajah Sasha. Teruskan usahamu Sasha Saidin!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...