Monday, October 1, 2012

Remy Ishak Dan Tiz Zaqyah Sah Putus Cinta

Remy Ishak Dan Tiz Zaqyah Sah Putus Cinta


Setelah sekian lama kisah percintaan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah menjadi perbualan ramai, akhirnya Remy Ishak mengakui yang hubungan percintaanya bersama Tiz Zaqyah sudah lama berakhir.. Menurut Remy Ishak, sudah tiga bulan hubungan percintaan mereka berdua berakhir…
“Benar, kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan dan rasanya sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan pergaulan seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan menimbulkan spekulasi yang lebih besar. Sebagai lelaki, saya ambil tanggungjawab itu untuk berterus-terang, saya tidak mahu memburukkan keadaan,”
“Siapa tak sedih lepas putus cinta, tapi saya kena terima hakikat bahawa kami tidak boleh meneruskan komitmen dan memasuki fasa yang lebih serius. Saya harus melepaskan Tiz, dia masih muda, masih banyak yang mahu diterokainya,”
Tambah Remy Ishak lagi, mereka berdua masih boleh berkawan dan perpisahan itu tidak menyekat hubungan profesional mereka sesama artis.. Remy Ishak juga menegaskan yang Perpisahan mereka tiada kaitan dengan orang ke-3 dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi sendiri..
“Saya tidak mahu kisah putus cinta antara saya dan Tiz ini dikaitkan dengan sesiapa, tiada siapa yang salah atau siapa betul. Kami putus secara baik. Saya dan Tiz kena terima hakikat bahawa kami tidak sefahaman dan tidak boleh meneruskan komitmen,” (Kosmo)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...