Friday, September 28, 2012

(16 GAMBAR)Izara Aishah Di Majlis Pelancaran BodyCurve Daripada Cosry Fashion

(16 GAMBAR)Izara Aishah Di Majlis Pelancaran BodyCurve Daripada Cosry Fashion

Semalam telah berlangsungnya majlis pelancaran BodyCurve daripada Cosry Fashion di The Curve. Banyak selebriti yang hadir memeriahkan majlis. Antaranya ialah si cantik molek Izara Aishah. Pasti ramai yang tertawan melihat senyuman manis si gadis comel ini.

Izara semalam turut dikejutkan dengan sebiji kek sempena hari jadinya. Semoga Izara akan terus murah rezeki dan dipanjangkan umur di masa hadapan. Untuk makluman, Izara turut mengakui yang dirinya telah pun mempunyai kekasih hati. Jadi jangan haraplah nak mengorat. She’s already taken. Hehehe.
















(17 GAMBAR)Percutian Nazim Othman Di Phuket, Thailand

(17 GAMBAR)Percutian Nazim Othman Di Phuket, Thailand

Nama Nazim Othman semakin popular selepas lakonannya dalam dua drama yang ditayangkan dalam Slot Akasia TV3 iaitu Kau Yang Terindah sebagai Syamil dan Dejavu Di Kinabalu sebagai Bazli. Baru-baru ini pula, Nazim telah bercuti ke Phuket, Thailand dan telah sudi berkongsi gambar-gambar beliau di sana. Khabarnya pada waktu ini Neelofa juga berada di Phuket bersama kawan-kawan yang lain.

Mungkin selepas ini Nazim akan mula tampil sebagai hero filem pula. Berbekalkan wajah yang kacak, badan yang sasa seperti pelakon lelaki Korea dan bakat lakonan yang menyerlah segalanya mungkin buat anak muda ini. Semua ciri yang ada pada Aaron Aziz dan Adi Putra ada juga pada Nazim. Part lakonan itu anda boleh tonton sendiri lakonan Nazim tapi part kacak dan sasa tu boleh anda lihat di gambar-gambar ini..

















Filem Dampak Lakonan Aaron Aziz dan Scha Al-Yahya Temui Penonton 2013

Filem Dampak Lakonan Aaron Aziz dan Scha Al-Yahya Temui Penonton 2013

Filem Dampak ialah merupakan antara filem terbaru lakonan ‘abang besar’ Aaron Aziz, Farid Kamil, Scha Al-Yahya, Intan Ladyana, Juliana Evans dan ramai lagi. Dampak berkisar mengenai kehidupan lima adik-beradik yang dibesarkan oleh seorang tok guru di kampung yang melatih mereka seni mempertahan diri untuk membalas dendam terhadap musuhnya yang menetap di bandar.

Kedengarannya seperti jalan cerita klasik filem-filem pertahanan diri Hong Kong, bukan? Atas dasar itu, ada juga kelainannya kalau dibandingkan dengan arus filem tempatan.

Filem ini menjalani penggambaran mulai 30 Jun lepas dan siap sepenuhnya pada 27 Julai.    Bolehlah kita semua melihat lagi Aaron menampilkan aksi lasak untuk filem ini yang sedang berada dalam kerja pasca-produksi. Filem ini diterbitkan oleh Displaymax Sdn Bhd dan Ops Picture Sdn Bhd dan diarahkan oleh Andy Mak dan  Lai Yuk Long. Lagi 16 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar, Fanpage Dampak.
























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...