Monday, October 1, 2012

Mengenang Sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu

Mengenang Sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu


OhArtis pasti ramai di antara pembaca yang membesar dengan sitkom ini. Untuk itu kami akan membawakan satu cerita dari ‘orang lama’ tentang kisah menarik disebalik kewujudan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini. Ikuti kisahnya di bawah.

Aku peminat setia sitkom ni. Bermula dengan tajuk Syy.. kemudiannya ditukar kepada Kampung Seri Wangi, Flat Seri Wangi dan terakhir Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Semuanya bermula pada tahun 1983 ketika aku tinggal di Sg Besar dan aku tak pernah miss bahkan setiap kali keluar ceritanya, aku akan rakam menggunakan video player VHS masa tu. Bahkan keluarga aku juga meminati cerita ni.

Kini hampir 28 tahun,dan aku terus meminati mereka. Watak-watak asal seperti Pak Uda (Allayarham Zami Ismail), Pak Busu (Allahyarham Mohamad Abdullah), Mak Usu (Wan Maimunah), Mak Uda (Sabariah Hitam), Budin(Imuda), Mat Deris (Ahmad Busu), Wan Ismail Golok (Sabri Yunus), Maiden (Allahyarham Sabtu Hussein) dan sebagainya masih terpahat dalam ingatan aku. Berlatarbelakangkan kawasan setinggan,k edai Maiden menjadi tumpuan mereka untuk berehat, berkumpul dan bercerita apa saja topik yang menggelikan hati kita semua yang menontonnya.

Bila masa beredar,maka sitkom ini juga memerlukan perubahan. Maka suasana kampung setinggan sudah tidak sesuai lagi untuk dijadikan background siri ini dan bermulalah era baru bagi sitkom ini. Bermula dengan perubahan nama kepada Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Set background berubah kepada kawasan flet kononnya mereka ini dipindahkan ke rumah flat kerana kawasan setinggan itu telah diambil alih oleh pemaju.

Maka masuklah watak-watak baru yang menggambarkan suasana masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini. Antaranya seperti Suzie (Susan Ho), Accapan (nama watak aku dah lupa) dan Ana (Marlia Musa). Masih kekal dengan sitkom nombor 1 di Malaysia walaupun disaing hebat oleh sitkom 2+1 yang turut dibintangi oleh Imuda dan Ahmad Busu.Namun satu watak yang terpaksa dimatikan ialah watak Mak Uda lakonan Sabariah Hitam. Ada satu episod yang mengisahkan tentang kematian Mak Uda. Mungkin Othman Hafsam selaku penerbit ada reason yang tersendiri dan yang menarik juga ialah ramai pelakon undangan turut memeriahkan siri ini antaranya Zaibo, Vanidah Imran, Puteri Salbiah, Osman Kering, Bob Lokman (diawal kemunculannya dalam industri hiburan), Omar Abdullah dan nama-nama besar yang lain.

Video di bawah ini adalah sitkom asal Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang ketika itu dikenali dengan nama SYYYYY…. yang ditayangkan kepada umum pada pertengahan tahun 80-an.



Terlupa aku watak Mat Over lakonan Sulaiman Yassin. Aku pun lupa sejak bila wujud watak ini samada di Kampung Seri Wangi atau Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Tahun demi tahun, sitkom ini terus di ranking teratas pilihan rakyat Malaysia dan begitu juga perubahan yang berlaku dalam barisan pelakonnya. Maka wujudlah satu watak baru iaitu Mak Ngah lakonan Khatijah Tan yang asalnya adik kepada Pak Busu tetapi akhirnya telah menjadi suami kepada Pak Uda dan watak Accapan telah digantikan oleh pelakon Sathia (Ravi) dan Susan Ho digantikan oleh Angelina Tan (Lucy).

Watak-watak ini terus kekal sehinggalah tamat episod yang terakhir dan tidak disambung lagi (aku tak pasti episod mana menjadi episod terakhir sitkom ni).

Lokasi penggambaran sitkom ini ialah di Panggung Seni, UKM Bangi. Sepanjang rakaman tersebut adalah jugak aku pergi tengok secara live dorang buat rakaman bersama dengan kawan-kawan. Tak salah aku dalam episod Jejak Kasihan, masa tu pelakon undangan dia Aziz Desa (kisah Pak Uda hilang). Lepas tu aku pergi lagi tapi lupa episod apa. Maklumlah, bukan jauh sangat dari rumah aku kat Kg Bangi. Kemudian mereka berpindah lokasi rakaman di Institut Permata, Petronas Bangi kat Ayer Hitam (kalau tak salah aku nama tempat tu).



Kini selepas 28 tahun, karya mereka terpahat kemas dalam ingatan aku.Mereka yang terlibat aku kategorikan sebagai lagenda.Sekarang usia mereka sudah bertambah bahkan ada yang tidak sihat dan ada yang sudah meninggal dunia seperti Allahyarham Mohamad Abdullah, Allayarham Zami Ismail dan Allahyarham Sabtu Hussin. Ahmad Busu pula mengidap beberapa penyakit dan sering uzur. Imuda pula satu ketika mengidap penyakit buah pinggang. Yang masih aktif macam Sathia, Angelina Tan dan Khatijah Tan. Marlia Musa pula agak sepi sejak jadi isteri M.Nasir.

Mungkin penghargaan paling tinggi yang mereka terima ialah pementasan teater muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada 24 November hingga 3 Disember 2006 yang lalu di Istana Budaya. Sebahagian dari mereka juga turut berlakon. Tetapi bagi aku, mereka perlu diberi penghargaan yang lebih tinggi kerana mereka telah mewujudkan fenomena yang sangat menarik dalam industri hiburan tanah air. Mana mungkin sitkom mereka yang menjadi antara yang paling lama di tayangkan (bahkan siaran ulangannya sehingga kini di Astro Warna) mampu diikuti oleh mana-mana sitkom di Malaysia ini.
Aku membesar dengan setiap episod mereka sejak 1983 lagi dan mereka dah jadi sebahagian dari kehidupan aku. Terima kasih kepada sesiapa yang ada upload sitkom ini ke YouTube atau lain-lain. Bagi aku, mereka adalah LAGENDA…

2 comments:

  1. Apa kata TV3 kumpulkan semua artist pi Mai pi Mai yang tu yang masih ada buat re union untuk mengenang nostalgia masa lalu. Buat satu rancangan Khas dan ditayangkan semasa hari raya aidil fitri.

    ReplyDelete
  2. Apa kata TV3 kumpulkan semua artist pi Mai pi Mai yang tu yang masih ada buat re union untuk mengenang nostalgia masa lalu. Buat satu rancangan Khas dan ditayangkan semasa hari raya aidil fitri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...