Kumpulan Kompang Sri anggerik Seremban, Senawang, Negeri Sembilan..
Kumpulan Kompang Sri Anggerik ini sangat istimewa.. Persembahan yang di berikan bukan sekadar perarakkan pengantin sahaja, tetapi ada juga ada pakej persembahan yang sangat menarik..
Antara Pakej Persembahan Yang Istimewa Kumpulan Kompang Sri Angerik Adalah:
Kompang Perarakkan Persandingan Pengantin
Kompang Perarakkan Pengantin Malam Berinai
Kompang Silat dan Persembahan Silat Pengantin
Persembahan Kompang Berirama Lebih Dari 5 Buah Lagu
Persembahan Kompang Dikir Barat Beserta Tarian
Persembahan Kompang Zapin Beserta Tarian Zapin
Kos Persembahan Mengikut Pakej:
Pakej RM250: Kompang Perarakkan Sahaja
Pakej RM400: Semua Pakej Persembahan ( Kecuali Kompang Perarakkan Pengantin Malam Berinai).
Pekej RM500: Semua Pakej Persembahan Seperti Di Atas..
Dalam masa yang sama, Kumpulan Kompang Sri Anggerik juga menerima tempahan untuk majlis-majlis lain seperti:
Majlis Khatam Al-Quran
Majlis Berkhatan
Majlis Rasmi (Untuk Perarakkan Tetamu VIP)
Lain-lain Majlis (Mengikut Aturcara Majlis)
Segala Perbincangan Dan Pertanyaan Boleh Hubungi:
Encik Azman (Pengurus Kelab Kompang Sri Anggerik) Hp:012-6524127 Tel. Kelab:06-6793820
Anda Juga Boleh Berkunjung Ke Alamat Kelab Kompang Sri Anggerik:
No 374 Lorong 15 Taman Desa Anggerik 70450 Senawang N.Sembilan.. (Rumah Menghadap Tangki Air, Berdekatan Jalan Besar)
Gembira membaca kata-kata Sasha Saidin yang diterbitkan
menerusi Kosmo Ahad baru-baru ini. Nampaknya Sasha sekarang ini sedang
sibuk mendalami ilmu agama. Mengakui dirinya nakal semasa muda, kini
Sasha sering menghadiri kuliah-kuliah daripada penceramah luar negara
seperti Mufti Zimbabwe, Ismail Menk dan Shuhaib Webb.
Walaupun masih belum terbuka hati untuk berhijab, Sasha Saidin
percaya satu hari nanti hidayah akan sampai jua kepada dirinya. Untuk
itu, Sasha kini sedang giat mempelajari ilmu Al-Quran. Kata Sasha:-
Kebanyakan orang berpendapat, jika tidak mendapat
hidayah, kita tidak boleh membaca Al-Quran. Bagi saya, itu kurang tepat,
sebaliknya jika kita selalu mendekatkan diri, pasti hidayah itu akan
sampai juga. Bagi mereka yang hati tidak tenang, alangkah bagus jika
mereka mendengar zikir kerana ia mampu menenangkan jiwa. Setiap kali
memulakan perjalanan untuk ke suatu tempat, kata-kata pujian kepada
Allah itu menjadi teman saya. Saya sedar ada orang sinis saya berkata
bergini. Malah ada orang kata saya mahu berceramah tapi percayalah, niat
saya hanya ingin berkongsi dan apa yang saya lakukan ini dengan niat
ikhlas untuk mencari keredaan Allah dan mengharapkan hidayahNya.
Semoga pencarian Sasha akan berakhir dengan berita gembira satu nanti. Marilah kita doakan kehidupan Sasha bersama anaknya Adam akan terus
bahagia di masa hadapan. Bukan senang hendak menjaga anak tanpa seorang
suami di sini namun kita dapat lihat ketabahan di wajah Sasha.
Teruskan usahamu Sasha Saidin!!!
(12 GAMBAR)Lynda Roslan Di Majlis Pencarian Covergirl Majalah Nur & Dara.com
Semalam telah pun berlangsung majlis pencarian covergirl untuk majalah
Nur dan Dara.com. Kesemua peserta yang berjaya ke final memang
comel-comel belaka. Paling penting, keayuan dan kecantikan mereka
terserlah di dalam busana muslimah yang diperagakan.
Salah seorang peserta finalis majlis ini ialah tak lain tak bukan artis
Metrowealth Pictures, Lynda Roslan. Walaupun gagal merangkul kejuaraan,
busana muslimah yang dipakai oleh Lynda Roslan telah dinobatkan sebagai
“Best Dress”. Memang cantik pun busana tersebut.
Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang. Kepada penganjur,
semoga pertandingan sebegini dapat diteruskan di masa hadapan. Lagi 10
gambar Lynda Roslan di majlis pencarian covergirl majalah Nur dan
Dara.com dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada MIG Online.
Saya Bukan Jenis Perampas Dan Perosak Rumahtangga Orang – Nora Danish
Dalam beberapa minggu banyak cerita berkaitan dengan Nora Danish kita telah dengar.. Keayuannya dan kecantikkannya membuatkan ramai lelaki yang meminati Nora Danish termasuklah lelaki yang telah beristeri... Tapi kini, Nora Danish berkata
kepada Pancaindera yang dia bukanlah perosak rumahtangga orang mahupun
seorang perampas.
Kenyataan ini dikeluarkan kerana namanya pernah dikaitkan dengan Adi
Putra ketika Adi mengalami krisis rumahtangga dengan isterinya. Ada
peminat yang ekstrem telah melabelkan Nora Danish sebagai perosak
rumahtangga. Ternyata dakwaan itu langsung tidak benar apabila
rumahtangga Adi Putra pulih seperti biasa. Kata Nora:-
Saya dah masak dengan cerita-cerita dan gosip yang
melanda saya selama ini. Saya anggap itu satu dugaan kepada saya dalam
membina kerjaya sebagai pelakon. Saya bukan jenis perosak rumahtangga
orang bahkan bukan perampas. Saya tahu apa yang saya boleh lakukan dan
jauh sekali untuk melakukan perkara terkutuk seperti yang dikatakan.
Yang terbaru, Nora Danish mengakui dirinya sedang dalam proses
mengenali hati budi seorang ahli perniagaan. Hubungan mereka masih
berada di tahap kawan namun Nora berjanji akan mengumumkan sekiranya
hubungan tersebut maju setapak di masa hadapan. Lebih penting, Nora
Danish berkata yang dia akan bertudung sepenuhnya tidak lama lagi.
Saya sudah berubah, namun perubahan yang saya lakukan itu
bukan secara mendadak tetapi perlahan-lahan. Alhamdulillah, saya sudah
dua kali menunaikan umrah. Insya Allah saya akan bertudung tidak lama
lagi, saya sedang menantikan masa yang sesuai. Saya tidak mahu nanti ada
yang kata saya bertudung kerana ikut trend sekarang. Saya ingin
lakukannya dengan hati yang ikhlas.
Semoga masa yang sesuai itu akan tiba tidak lama lagi. Pasti banyak
peminat yang akan gembira melihat penampilan Nora Danish dengan imej
bertudung kelak. Confirm lebih cantik, manis dan ayu. Semoga perubahan
itu akan membawa satu titik baru dalam kehidupan insan bernama Nora
Danish.
Kami Benar-Benar Putus Cinta Kali Ini – Tiz Zaqyah
Selalunya orang bercinta, bila putus ada kemungkinan untuk bersambung
balik. Remy Ishak dan Tiz Zaqyah pun macam itu jugak. Sepanjang
percintaan mereka, banyak kali putus sambung, putus sambung. Namun kali
ini, Tiz Zaqyah berkata yang ikatan percintaan mereka sudah terlerai.
Walaupun sedang menjalani penggambaran sebagai pasangan kekasih di
dalam drama Cinta Jangan Pergi, Tiz Zaqyah berkata antara dirinya dan
Remy sudah tiada keserasian:-
Kali ini antara saya dan Remy, kami benar-benar putus
cinta. Lebih kurang tiga bulan ikatan percintaan itu sudah terlerai.
Rasanya kali ini putus terus, tak mahu sambung-sambung macam dulu lagi.
Saya dan Remy bercinta kira-kira tiga tahun, tapi di pengakhiran
kedua-duanya menyedari tiada keserasian dan persefahaman antara kami.
Justeru jalan terbaik, kami bawa haluan masing-masing.
Malah Tiz Zaqyah memohon peminat-peminat mereka (RITZ) untuk tidak mencari kesalahan dirinya ataupun Remy. Kata Tiz:-
Seperkara lagi, cukup-cukuplah orang nak mencari
kesalahan saya mahupun Remy. Mereka tak lalui apa yang kami rasa dalam
perhubungan. Kepada mereka yang berpengalaman bercinta tapi tiada jodoh
untuk melangkah ke fasa seterusnya, akan tahu apa yang kami lalui. Perlu
terima hakikat. Apabila tiada jodoh, kita tak boleh paksa. Tak semua
yang kita rancang menjadi kenyataan.
Pasti semua peminat setuju dengan kata-kata Tiz. Bukan semua yang kita
rancang, bukan semua yang kita nak akan terjadi. Pasti ada hikmah di
sebalik perpisahan ini. Sama-samalah kita doa, Tiz akan berjumpa dengan lelaki
yang lebih sempurna sebagai suaminya suatu hari nanti. Good luck and
all the best kepada Tiz dan Remy dalam mengharungi kehidupan solo
selepas ini.
Songlap Dan Bunohan Dominasi Keputusan Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2012
Setiap tahun, Malaysia menghasilkan sejumlah filem-filem, namun tidak
semuanya boleh dipanggil filem berkualiti. Kualiti filem biasanya
dinilai melalui Festival Filem Malaysia (FFM), namun pada tahun ini satu
lagi majlis anugerah yang mengiktiraf kualiti filem tempatan diadakan
pada tahun ini iaitu Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2012.
Untuk pengetahuan anda, Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur adalah
sebuah kumpulan pengkritik filem yang diasaskan pada November 2011 dan
tertubuh secara maya di Kuala Lumpur (merangkumi sekitar Lembah Kelang).
Majlis ini berfungsi sebagai penonton berfikir yang analitikal dalam
memilih filem Malaysia (serta beberapa kategori lain) terbaik sepanjang
tahun.
Kumpulan ini terdiri daripada sekumpulan pengkritik yang bertugas
dalam pelbagai bidang, yang terpilih dalam kalangan editor, pengarang
dan blogger yang berdedikasi dalam penulisan dan penganalisian filem,
yang mana sekumpulan daripadanya sudah melahirkan beberapa ulasan filem
yang kritikal, memenuhi aspirasi, mutu dan kefahaman sebuah pembikinan
dan pengkaryaan filem yang unggul dan menyeluruh.
Kumpulan ini turut
bertindak sebagai badan penilai dan pemilih sekelompok filem yang
ditayangkan pada satu-satu masa untuk diberi pengiktirafan yang
sepatutnya dalam mencapai kewajaran seni, estetika dan kepakaran yang
dipertanggungjawabkan. Filem-filem yang terpilih merupakan kesemua filem
yang ditayangkan di “pawagam” Malaysia, termasuk di International
Screening GSC.
Tahun ini, Majlis ini telah meneliti 62 buah filem. Menurut mereka,
terdapat peningkatan kuantiti dalam pencalonan sulung ini, tetapi secara
purata, kebanyakan filem masih lemah seperti tahun-tahun lalu, dan
tidak mencapai piawaian sebuah filem yang boleh ditonton dengan
berlandaskan formula dan bahasa yang benar-benar sinematik, walaupun
untuk sebuah filem kontemporari (komersial).
Kebanyakan filem masih
lemah dalam asas pembikinan, khususnya cerita dan
penceritaan. Sungguhpun begitu, terdapat sekumpulan filem tempatan yang
mencapai mutu baik yang amat dipuji. Rekomendasi diberikan terhadap
beberapa filem, yakni Songlap, Misteri Jalan Lama, Bunohan, 3 Temujanji
dan 29 Februari.
Buat pegetahuan anda, keputusan majlis ini telah dikeluarkan hari ini. Senarai pemenang utama ialah:-
FILEM TERBAIK
Songlap (Lina Tan, Ahmad Puad Onah, dan Lee Mee Fung sebagai penerbit)
PENGARAH TERBAIK
Dain Said untuk Bunohan
PELAKON LELAKI TERBAIK
Faizal Hussein untuk Bunohan
PELAKON WANITA TERBAIK
Mislina Mustafa untuk Sumpahan Puaka
SINEMATOGRAFI TERBAIK
Haris Hue Abdullah untuk Songlap
LAKON LAYAR TERBAIK
Fariza Azlina Isahak untuk Songlap
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
Husyairy Hussein untuk Bunohan
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
Normah Damanhuri untuk Songlap
Majlis ini turut memberi pengiktirafan penghormatan buat Charin Pengpanich sebagai pengarah sinematografi untuk Bunohan
yang bukan warganegara Malaysia, walaupun begitu telah menunjukkan
hasil kraf sinema yang amat tinggi dan paling menyemarak antara kesemua
filem Malaysia yang dipertandingkan.
Untuk tahun hadapan, pencalonan
akan dibuka buat warganegara bukan Malaysia yang membikin filem
tempatan, usahasama mahupun di bawah produksi tempatan.
Pada pendapat kami, keputusan ini terbaik, sememangnya Songlap ialah sebuah filem yang menyampaikan mesej dengan mudah dan bermakna, dan yang penting, menimbulkan impak mendalam. Bunohan, walaupun jalan cerita sukar difahami tetapi teknik pembikinan filem ini boleh dikatakan terbaik setakat ini.
Walaupun dilanda pelbagai kontroversi, nama Neelofa tetap laris dan laku
bagai goreng pisang panas. Selepas dilantik menjadi duta Avon, kini
Neelofa telah disambar oleh pembuat tilam terkemuka, King Koil sebagai
duta produk mereka. Memang murah rezeki Neelofa ini.
Pasti ramai yang teruja untuk mendapatkan tilam King Koil selepas
perlantikan Neelofa ini. Kepada jejaka-jejaka single, anda boleh
mendapatkan tilam King Koil dan bayangkan Neelofa berada di sisi anda
ketika tidur (ini gurau je nie). Tahniah kepada Neelofa atas perlantikan
ini. Semoga terus maju jaya di masa hadapan.
Emma Maembong Dikatakan Kaki Propa Kerana Tidak Menepati Janji
Semenjak muncul menerusi drama Kau Yang Terindah, nama Emma Maembong
mula popular. Namun kata orang, kalau dah popular pasti ada cerita
kurang molek mula kedengaran. Entah benar atau tidak, semalam menerusi
Pancaindera, Emma Maembong dikatakan kaki propa kerana gagal menghadiri
temujanji yang diatur.
Menurut si penulis (Syed), Emma ada membuat temujanji kira-kira jam 11
pagi bersama team Pancaindera. Namun sampai ke sudah batang hidung Emma
tidak kelihatan. Tiada pula SMS atau panggilan telefon daripada Emma
untuk menyatakan hasratnya membatalkan temujanji tersebut. Menurut Syed,
ini bukan kali pertama Emma Maembong berkelakuan sebegini.
Hmmmm. Kadang-kadang rasa pelik juga kenapa bila ada artis
yang baru nak meningkat nama pasti ada cerita sebegini yang keluar. Kaki
propalah, janji tak ditepatilah, bermasam mukalah dan macam-macam le
lagi. Yang pasti si Emma nie ada penjelasannya yang tersendiri.
Sama-samalah kita tunggu.
OhArtis pasti ramai di antara pembaca yang membesar dengan sitkom
ini. Untuk itu kami akan membawakan satu cerita dari ‘orang lama’
tentang kisah menarik disebalik kewujudan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu
ini. Ikuti kisahnya di bawah.
Aku peminat setia sitkom ni. Bermula
dengan tajuk Syy.. kemudiannya ditukar kepada Kampung Seri Wangi, Flat
Seri Wangi dan terakhir Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Semuanya bermula pada
tahun 1983 ketika aku tinggal di Sg Besar dan aku tak pernah miss bahkan
setiap kali keluar ceritanya, aku akan rakam menggunakan video player
VHS masa tu. Bahkan keluarga aku juga meminati cerita ni.
Kini
hampir 28 tahun,dan aku terus meminati mereka. Watak-watak asal seperti
Pak Uda (Allayarham Zami Ismail), Pak Busu (Allahyarham Mohamad
Abdullah), Mak Usu (Wan Maimunah), Mak Uda (Sabariah Hitam),
Budin(Imuda), Mat Deris (Ahmad Busu), Wan Ismail Golok (Sabri Yunus),
Maiden (Allahyarham Sabtu Hussein) dan sebagainya masih terpahat dalam
ingatan aku. Berlatarbelakangkan kawasan setinggan,k edai Maiden menjadi
tumpuan mereka untuk berehat, berkumpul dan bercerita apa saja topik
yang menggelikan hati kita semua yang menontonnya.
Bila masa beredar,maka sitkom ini juga memerlukan perubahan. Maka
suasana kampung setinggan sudah tidak sesuai lagi untuk dijadikan
background siri ini dan bermulalah era baru bagi sitkom ini. Bermula
dengan perubahan nama kepada Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Set background
berubah kepada kawasan flet kononnya mereka ini dipindahkan ke rumah
flat kerana kawasan setinggan itu telah diambil alih oleh pemaju.
Maka
masuklah watak-watak baru yang menggambarkan suasana masyarakat
berbilang kaum di Malaysia ini. Antaranya seperti Suzie (Susan Ho),
Accapan (nama watak aku dah lupa) dan Ana (Marlia Musa). Masih kekal
dengan sitkom nombor 1 di Malaysia walaupun disaing hebat oleh sitkom
2+1 yang turut dibintangi oleh Imuda dan Ahmad Busu.Namun satu watak
yang terpaksa dimatikan ialah watak Mak Uda lakonan Sabariah Hitam. Ada
satu episod yang mengisahkan tentang kematian Mak Uda. Mungkin Othman
Hafsam selaku penerbit ada reason yang tersendiri dan yang menarik juga
ialah ramai pelakon undangan turut memeriahkan siri ini antaranya Zaibo,
Vanidah Imran, Puteri Salbiah, Osman Kering, Bob Lokman (diawal
kemunculannya dalam industri hiburan), Omar Abdullah dan nama-nama besar
yang lain.
Video di bawah ini adalah sitkom asal Pi Mai Pi Mai
Tang Tu yang ketika itu dikenali dengan nama SYYYYY…. yang ditayangkan
kepada umum pada pertengahan tahun 80-an.
Terlupa aku watak Mat Over lakonan Sulaiman Yassin. Aku pun lupa
sejak bila wujud watak ini samada di Kampung Seri Wangi atau Pi Mai Pi
Mai Tang Tu. Tahun demi tahun, sitkom ini terus di ranking teratas
pilihan rakyat Malaysia dan begitu juga perubahan yang berlaku dalam
barisan pelakonnya. Maka wujudlah satu watak baru iaitu Mak Ngah lakonan
Khatijah Tan yang asalnya adik kepada Pak Busu tetapi akhirnya telah
menjadi suami kepada Pak Uda dan watak Accapan telah digantikan oleh
pelakon Sathia (Ravi) dan Susan Ho digantikan oleh Angelina Tan (Lucy).
Watak-watak ini terus kekal sehinggalah tamat episod yang terakhir dan
tidak disambung lagi (aku tak pasti episod mana menjadi episod terakhir
sitkom ni).
Lokasi penggambaran sitkom ini ialah di Panggung Seni,
UKM Bangi. Sepanjang rakaman tersebut adalah jugak aku pergi tengok
secara live dorang buat rakaman bersama dengan kawan-kawan. Tak salah
aku dalam episod Jejak Kasihan, masa tu pelakon undangan dia Aziz Desa
(kisah Pak Uda hilang). Lepas tu aku pergi lagi tapi lupa episod apa.
Maklumlah, bukan jauh sangat dari rumah aku kat Kg Bangi. Kemudian
mereka berpindah lokasi rakaman di Institut Permata, Petronas Bangi kat
Ayer Hitam (kalau tak salah aku nama tempat tu).
Kini selepas 28 tahun, karya mereka terpahat kemas dalam ingatan
aku.Mereka yang terlibat aku kategorikan sebagai lagenda.Sekarang usia
mereka sudah bertambah bahkan ada yang tidak sihat dan ada yang sudah
meninggal dunia seperti Allahyarham Mohamad Abdullah, Allayarham Zami
Ismail dan Allahyarham Sabtu Hussin. Ahmad Busu pula mengidap beberapa
penyakit dan sering uzur. Imuda pula satu ketika mengidap penyakit buah
pinggang. Yang masih aktif macam Sathia, Angelina Tan dan Khatijah Tan.
Marlia Musa pula agak sepi sejak jadi isteri M.Nasir.
Mungkin penghargaan paling tinggi yang mereka terima ialah pementasan
teater muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada 24 November hingga 3 Disember
2006 yang lalu di Istana Budaya. Sebahagian dari mereka juga turut
berlakon. Tetapi bagi aku, mereka perlu diberi penghargaan yang lebih
tinggi kerana mereka telah mewujudkan fenomena yang sangat menarik dalam
industri hiburan tanah air. Mana mungkin sitkom mereka yang menjadi
antara yang paling lama di tayangkan (bahkan siaran ulangannya sehingga
kini di Astro Warna) mampu diikuti oleh mana-mana sitkom di Malaysia
ini.
Aku membesar dengan setiap episod mereka sejak 1983 lagi dan
mereka dah jadi sebahagian dari kehidupan aku. Terima kasih kepada
sesiapa yang ada upload sitkom ini ke YouTube atau lain-lain. Bagi aku,
mereka adalah LAGENDA…
Gambar Sekitar perkahwinan jaguh Badminton dunia, Lin Dan
Siapa tak kenal dengan Lin Dan, seteru nombor 1 kepada Datuk Lee Chong
Wei. Sukar sekali untuk kita lihat Lee Chong Wei menewaskan Lin Dan.
Memang kehebatan Lin Dan ini diakui dunia termasuk Datuk Lee Chong Wei
sendiri. Apapun abaikan seketika tentang kisah badminton ini, kita lihat
seleksi gambar perkahwinan Lin Dan dan pasangannya, Xie Xingfang yang
juga seorang pemain badminton baru-baru ini dalam satu majlis penuh
gilang-gemilang.
Pemain badminton nombor satu negara dan Indonesia, Datuk Lee Chong
Wei dan Taufik Hidayat telah dijemput tetapi tidak dapat menghadirinya
kerana bertembung dengan kejohanan Japan Open. Sebab tu la Lin Dan tak dapat join Japan Open dan LCW kembali ke carta nombor satu dunia.
Apa
yang menarik, Lin Dan sempat membuat sedikit exercise sebelum majlis
berlangsung. Nampak dia punya excited tu. Haha. Tapi mungkin ini cara
dia sebagai seorang atlit menghilangkan rasa gemuruh dalam diri.
Mugnkinlah.
Lebih manis lagi, semasa ikrar perkahwinan ataupun marriage vows
berlangsung, Lin Dan telah memegang tangan isterinya dan menjerit “I do”
di depan para tetamu. Sweet gitu!
Gosip Artis Malaysia Terkini Tidak Jatuh Talak, Hanya Salah Faham – Vanidah Imran
Berikutan teguran Mufti Perak mengenai dialog lafaz cerai dalam
filem ‘Untuk Tiga Hari’, Vanidah Imran menegaskan tidak berlaku sebarang
penceraian diantara dia dan suami.. Menurut Vanidah Imran mungkin
terdapat salah faham oleh pihak ketiga tanpa menonton filem itu terlebih
dahulu..
“Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang mengatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya?”
“Sebagai
pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan
menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri,”
Dalam
pada masa yang sama, Vanidah Imran menegaskan yang dia tidak akan ke
pejabat agama seperti mana yang dinasihatkan oleh Mufti Perak itu kerana
yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa..
Bagaimanapun
Vanidah berkata, dia menerima nasihat daripada Harussani sebagai
seorang ahli agama namun menganggap ulasan itu hanya dibuat berdasarkan
kepada pandangan pihak ketiga tanpa menonton filem berkenaan terlebih
dahulu.
“Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya
dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai
suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku,” “Saya berpendapat beliau tidak menonton filem itu tetapi hanya mendengar ulasan daripada pihak lain.
“Jika
benar telahan saya itu, adalah tidak wajar pihak ketiga mahu mengheret
seorang mufti memberi ulasan tanpa beliau melihat sendiri adegan yang
saya dan suami lakonkan,” (Mstar)
Tan Sri Harussani Zakaria yang juga Mufti Perak melalui
suratkhabar Utusan Malaysia hari ini menyarankan agar pasangan suami
isteri Vanidah Imran dan Rashidi Ishak segera merujuk kepada jabatan
agama Islam berikutan dialog lafaz cerai dalam filem ‘Untuk Tiga Hari’…
Menurut beliau, kerana dialog tersebut, perkahwinan Vanida dan Rashidi
sejak 1 Oktober 2000 tidak sah di sisi agama Islam.
Mufti Perak memberikan pandangan berikutan diolag dibawah yang dikatakan oleh Rashidi Ishak kepada Vanidah Imran.
“Kita
kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua
mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan,
hari ketiga, kita minta cerai”
Akibat dialog itu,
Mufti Perak terpangil untuk menasihatkan pasangan suami isteri ini untuk
merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera..
“Ia
umpama menjadikan sebuah perkahwinan itu seperti kahwin muta’ah.
Justeru saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama
Islam dengan segera. Umat Islam tidak harus mempermainkan hukum-hakam
meskipun dalam soal lakonan.”
“Jangan menggambarkan seolah-olah
pernikahan itu satu permainan. Tidak betul untuk kita menjadikan
tindakan-tindakan seumpama itu sebagai budaya meskipun dalam lakonan
kerana ia akan menggalakkan perpecahan dalam rumahtangga.”
Gosip Artis Malaysia Terkini Anne Ngasri Dan Aliff Aziz Sah Putus Cinta
Hubungan percintaan diantara Anne Ngasri dan Aliff Aziz yang bermula
sejak awal tahun lalu nampaknya sudah pun berakhir.. Perkara ini diakui
sendiri oleh Anne Ngasri di akhbar BPop, Berita Minggu hari ini.. Dalam
laporan itu Anne Ngasri mengesahkan hubungan cintanya dengan Aliff Aziz
sudah pun putus namun Anne enggan mengulas lanjut mengenai punca
perpisahan mereka berdua.
“Sudah tiada jodoh antara
kami. Tiada tarikh khusus bila kami putus cuma yang boleh saya katakan
ia terjadi baru-baru ini. Keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga
atau kenyataan Darling kepada rakan media sebelum ini. Ia membabitkan
saya dengan Aliff yang cukup peribadi.
“Saya minta maaf sebab tak
dapat berkongsi punca perpisahan kami. Tak perlu diulas dan diungkit
lagi. Biarlah hanya saya dan Aliff saja yang tahu. Mungkin saya nampak
macam muda dek saiz badan tetapi saya perlu tegas dalam membuat
keputusan ini. Saya ada tanggungjawab yakni tiga anak untuk diberi
perhatian.”
“Saya tidak nampak hubungan kami selama ini akan ke
arah yang diharapkan (berkahwin). Anggaplah tiada jodoh. Jadi, biarlah
kami kembali kepada landasan asal. Masing-masing boleh fokus kepada
kehidupan dan kerjaya yang sudah dibina. Kami masih berhubung dan kekal
berkawan atas paksi profesional. Saya ada hantar SMS pada dia.”
Tambah
Anne Ngasri lagi, Sebelum keputusan berpisah dibuat, dia ada melakukan
solat istiqaroh dan Anne tidak menyesal dengan perpisahan ini dengan
menganggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku..
Setelah sekian lama kisah percintaan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah
menjadi perbualan ramai, akhirnya Remy Ishak mengakui yang hubungan
percintaanya bersama Tiz Zaqyah sudah lama berakhir.. Menurut Remy
Ishak, sudah tiga bulan hubungan percintaan mereka berdua berakhir…
“Benar,
kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan dan rasanya
sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan pergaulan
seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan menimbulkan
spekulasi yang lebih besar. Sebagai lelaki, saya ambil tanggungjawab itu
untuk berterus-terang, saya tidak mahu memburukkan keadaan,”
“Siapa
tak sedih lepas putus cinta, tapi saya kena terima hakikat bahawa kami
tidak boleh meneruskan komitmen dan memasuki fasa yang lebih serius.
Saya harus melepaskan Tiz, dia masih muda, masih banyak yang mahu
diterokainya,”
Tambah Remy Ishak lagi, mereka berdua
masih boleh berkawan dan perpisahan itu tidak menyekat hubungan
profesional mereka sesama artis.. Remy Ishak juga menegaskan yang
Perpisahan mereka tiada kaitan dengan orang ke-3 dan meminta orang ramai
tidak membuat spekulasi sendiri..
“Saya tidak mahu
kisah putus cinta antara saya dan Tiz ini dikaitkan dengan sesiapa,
tiada siapa yang salah atau siapa betul. Kami putus secara baik. Saya
dan Tiz kena terima hakikat bahawa kami tidak sefahaman dan tidak boleh
meneruskan komitmen,” (Kosmo)
Pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada Khairul Fahmi yang popular
dengan nama Apek sudah menemui cinta baru selepas gagal dalam percintaan
sebelum ini. Walaupun sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan dengan
Leuniey Natasha, Apek menafikan yang mereka berdua bercinta. Hanya
sekadar kawan biasa.
Sebentar tadi, menerusi Instagram, Apek telah pun mengupload gambarnya
bersama Leuniey seperti di atas dengan caption “US”. Tambah menarik
apabila Leuniey turut sama mengupload gambar dengan caption yang sama
menerusi akaun Instagramnya pulak. Adakah mereka berdua kini sudah sah
menjadi pasangan kekasih?
Pastinya ramai gadis-gadis di luar sana yang kecewa dengan berita ini.
Namun Abang Nara gembira kerana di mata ini Apek dan Leuniey memang sama
cantik sama padan. Diharap selepas ini tiada lagi kontroversi yang
melanda Apek sekaligus Apek dapat fokus terhadap kerjayanya. Semoga
hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.
GAMBAR Nora Danish Pakai Baju Sekolah, Serius Cute
Lupakan seketika sisi seksi Nora Danish yang ditampilkan di ruang
suratkhabar baru-baru ini. Hari ini Nora Danish telah mengupload
beberapa keping gambarnya berpakaian baju kurung sekolah menerusi Facebook Nora Danish bersempena dengan filem Lagenda Budak Hostel. Cute gila!!!
Kalau zaman sekolah dulu ada awek secomel Nora Danish, pastinya menjadi
rebutan pelajar-pelajar lelaki. Silap-silap boleh putus member
dibuatnya. Layankan lagi 6 keping gambar Nora Danish dengan membaca
entri ini sepenuhnya.
Anzalna Gorgeous Hiasi Muka Depan Majalah EH! Terbaru
Lama tidak mendengar khabar Anzalna selepas kontroversi yang melanda
dirinya bersama Neelofa. Pasti Anzalna sedang sibuk berlakon untuk
filem-filem dan drama-drama terbaru. Semoga tahun 2012 yang tinggal
beberapa bulan ini akan meninggalkan kenangan manis buat Anzalna.
(16 GAMBAR)Izara Aishah Di Majlis Pelancaran BodyCurve Daripada Cosry Fashion
Semalam telah berlangsungnya majlis pelancaran BodyCurve daripada Cosry
Fashion di The Curve. Banyak selebriti yang hadir memeriahkan majlis.
Antaranya ialah si cantik molek Izara Aishah. Pasti ramai
yang tertawan melihat senyuman manis si gadis comel ini.
Izara semalam turut dikejutkan dengan sebiji kek sempena hari jadinya.
Semoga Izara akan terus murah rezeki dan dipanjangkan umur di masa
hadapan. Untuk makluman, Izara turut mengakui yang dirinya telah pun
mempunyai kekasih hati. Jadi jangan haraplah nak mengorat. She’s already
taken. Hehehe.