Thursday, September 13, 2012

Gosip Artis Malaysia Terkini Lisa Surihani Tinggalkan MIG Selepas Lima Tahun

 Gosip Artis Malaysia Terkini Lisa Surihani Tinggalkan MIG Selepas Lima Tahun


Setelah lima tahun Lisa Surihani berada dibawah naugan Metrowealth (MIG), Akhirnya pada 10 Ogos yang lalu Lisa mengambil keputusan untuk meninggalkan MIG bagi mengembangkan sayapnya dan mengukuhkan kerjaya dan jenama yang sedia ada dengan usaha sendiri. Keputusan meningalkan MIG yang telah difikirkan sejak dua tahun yang lalu telah membuatkan Lisa lebih berdikari dalam bidang lakonan..
“Saya menandatangani kontrak pengurusan artis di bawah MIG selama lima tahun dan ia berakhir pada 10 Ogos lalu. Perkara ini sudah saya pertimbangkan sejak dua tahun lalu lagi tetapi saya berpegang pada janji untuk terus bersama mereka sehingga kontrak tamat.”
“Maka, selepas kontrak itu berakhir, kini saya sudah bersedia untuk berdiri sepenuhnya di atas kaki sendiri. Sepanjang tempoh itu, saya amat hargai pengalaman, ilmu dan kerjasama yang terjalin antara kami dalam membantu saya pada aspek kerjaya dan peribadi,” (Mstar)
Tambah Lisa Surihani lagi, keputusan yang dibuat tidak mengugat kerjaya seninya malah ia lebih memberi kebebasan dan kematangan untuk dia menerima sesuatu tawaran kerja. Lisa percaya rezeki adalah ketentuan Tuhan dan kita perlu terus berusaha untuk mengecapinya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...