Tuesday, September 18, 2012

Rita Rasa Ditindas Oleh Suami Dan Biras Sendiri (Ayu Rauhdah)

Rita Rasa Ditindas Oleh Suami Dan Biras Sendiri (Ayu Rauhdah)





"Jangan tindas saya sesuka hati!"


Kenyataan dalam Harian Metro semalam, Rita rasa dirinya telah di tindas oleh suaminya Aidil (Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak) yang menyebelahkan adik iparnya Ayu Raudhah. Aidil lebih merasakan simpati dan berasa kasihan pada Ayu Rauhdah yang sedang mengandung kerana tertekan dikaitkan sebagai individu yang memperkenal kan Aidil dan Jue.


Dalam perbualan antara Rita dan kenalannya di Twitter mengenai kenyataan Aidil dalam akhbar yang berasa simpati apabila emosi adik iparnya terganggu, telah menyebabkan suaminya Aidil menuduhnya berhati busuk..

“Kami berkomunikasi mengenai kenyataan Aidil dalam akhbar yang berasa simpati apabila emosi adik iparnya terganggu.

“Kemudian saya membalas dan berkata sekarang barulah dia (Aidil) sedar bagaimana perasaan saya ketika mengandung dulu macam mana. Allah Maha Adil. Itu saya tujukan kepada Aidil dan sekali lagi saya tegaskan kami hanya berbual soal Aidil.

“Tapi kenapa pula Ayu nak terasa? Patutlah Aidil hantar mesej maki hamun saya tiba-tiba? Dia kata saya hati busuk dan macam-macam.



 Yang paling menyedihkan, Ayu dan suaminya, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, pernah menyamakan dirinya dengan anjing, apabila setiap kali kenyataan Rita keluar di sebuah akhbar mingguan.

“Ada orang sampaikan kepada saya, mereka suami isteri mengata kenapa anjing ni selalu menyalak setiap hari Ahad? Sumber itu memaklumkan, pasangan berkenaan memang tujukan kepada saya selepas sumber itu sendiri bertanya kepada mereka."

Inilah dunia.. Kerana sedikit perselisihan faham, antara suami isteri, telah menjadi perang besar-besaran hanya kerana campur tangan adik beradik yang lain.. Marilah kita sama-sama doakan, semoga mereka berbaik antara satu sama lain tidak kira dalam keadaan ape sekali pun.. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...