Robert Pattinson Mahu Kristen Stewart Buang Semua Pakaian Miliknya
Kristen Stewart mungkin telah memberitahu wartawan yang dia dan Robert
Pattinson ‘baik sahaja’, tetapi menurut laporan terbaru, itu bukan apa
yang sebenarnya berlaku. Sejak gambar-gambar skandal Stewart dengan
pengarah ‘Snow White and the Huntsman’ mula tersebar, aktres filem
‘Twilight’ itu dilihat di sekitar bandar mengenakan kemeja-T dan topi
milik Pattinson. Kini, bekas teman lelakinya itu dikatakan mahu Kristen
menanggalkan semua pakaian miliknya.
“Rob beritahu dia, yang dia tak mahu Kristen memakai pakaian miliknya di tempat awam kerana mereka bukan couple lagi,” sumber yang dekat dengan pasangan tersebut memberitahu OK! Magazine.
“Dia beritahu Kristen untuk buang semua pakaiannya. Dia tidak mahu
pakai pakaian itu dan dia tak mahu Kristen memakainya juga. Rob lebih
dari marah pada Kristen.”
Bertemu pertama kali di set penggambaran filem “Twilight” pada tahun
2008, Stewart dan Pattinson bercinta selama tiga tahun sebelum
perhubungan mereka digegarkan Julai lepas dengan foto-foto intim Kristen
bersama pengarah filem “Snow White and the Huntsman”. Foto-foto itu
memaparkan Kristen bersiar-siar sekeliling Bandar dengan Rupert yang
sudah berkahwin di kawasan-kawasan tersorok. Bukan itu saja,
gambar-gambar kecurangan Kristen itu turut memaparkan Kristen memakai
topi L.A Dodgers milik Pattinson pada hari tersebut.
Setelah foto-foto itu diterbitkan dan skandal itu mendapat perhatian
umum, Stewart dan Pattinson berpindah keluar dari rumah yang mereka
kongsi bersama, tapi nampaknya Stewart masih tidak melepaskan sebilangan
item yang bukan miliknya. Dalam usaha untuk ‘memujuk’ Pattinson,
Stewart dilihat banyak kali memakai pakaian milik Pattinson di tempat
awam. Kristen dilihat mengenakan topi-topi, kemeja-T milik Pattinson dan
barang-barang kemas hadiah Pattinson padanya.
Pattinson dikatakan amat kecewa dengan kecurangan Kristen. Pelakon
kacak itu dikatakan bercadang untuk melamar Stewart sebelum
gambar-gambar kecurangan itu didedahkan.
Ditanya sama ada dia bimbang dengan publisiti buruk berkenaan
hubungannya dengan Pattinson, Stewart menjawab, “semuanya akan baik
untuk kami. Kami baik saja”.
No comments:
Post a Comment