Fouziah Gous Kini Kembali Berlakon Dan Kisah Cinta Rekaan Semata
Semenjak bapa beliau meninggal dunia pada 11 Ogos lalu, Fouziah Gous seakan menyepi sebentar daripada dunia hiburan & ini di’akui sendiri oleh pelakon ini ketika di’temui.
Fouziah Gous berkata beliau berkurung dua minggu di’rumah selepas
kematian bapanya akibat sakit tua dan kini kembali bekerja selepas 20
hari berehat daripada jadual kerja biasa.
Penampilan pertama Fouziah Gous kali ini adalah menerusi drama bersiri Dendam Sarakit yang bakal bersiaran bermula 27 September ini melalui slot Seram di TV3.
Ketika di’temui di majlis pelancaran drama bersiri itu di Sri Pentas,
Fouziah Gous tidak terlepas daripada di’tanya pihak media tentang kisah
cinta & rancangan perkahwinan.
“Entah bila pula saya hendak kahwin. Agak kelakar sebenarnya apabila
ada yang soalkan isu kahwin kepada saya. Saya masih tiada masa untuk
fikir tentang kahwin”
Fouziah Gous turut menyatakan yang gossip yang beliau akan berkahwin
dengan VIP tertentu hanya rekaan semata daripada orang ramai & kini
mahu fokus kepada kerjaya.
No comments:
Post a Comment