Monday, September 17, 2012

Movie: Kahwin Untuk Tiga Hari Sahaja?

Movie: Kahwin Untuk Tiga Hari Sahaja?

Menarik gila jalan cerita Untuk Tiga Hari ini, filem terbaru arahan Afdlin Shauki. Selaku peminat karya Afdlin, Kami dapat rasakan filem Untuk Tiga Hari yang mula ditayangkan pada 20 September ini boleh jadi salah satu filem terbaik Malaysia.

Pelakon-pelakon pun semuanya hebat. Rashidi Ishak first time dapat berlakon dengan isterinya, Vanida Imran. Mutu lakonan Afdlin Shauki dan Ayu Raudhah rasanya tak perlu dipersoalkan lagi. Ditambah pula penerbit filem Untuk Tiga Hari ini ialah penerbit filem Ombak Rindu dan Lagenda Budak Setan. Yang lagi best, filem ini diadaptasi daripada novel Ahadiat Akashah yang bertajuk Untuk 3 Hari. Gyeah ~~

Mari kita konsi sinopsisnya sikit untuk mereka yang tak pernah membaca novel ini. Keempat-empat mereka ini terpaksa berkahwin bukan dengan kekasih sendiri kerana menghormati pilihan orang tua mereka. Oleh kerana itu, mereka telah berjanji hanya untuk menjadi suami isteri selama 3 hari. Dalam masa 3 hari ini, tidak akan ada hubungan suami isteri yang berlaku dan mereka akan bercerai selepas tamat tempoh. Jeng, jeng, jeng.

filem untuk 3 hari 

Mampukah mereka mengotakan janji selepas 3 hari? Apakah yang akan berlaku selepas 3 hari? Adakah tidak akan ada hubungan suami isteri yang berlaku sepanjang tempoh 3 hari itu? Adakah perancangan mereka akan berjalan lancar? Amboi banyaknya persoalan?? Mesti korang pun tertanya-tanya perkara yang serupa kan?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...