Saya Tidak Pernah Ada Masalah Dengan Rita Rudaini Sebelum Ini – Ayu Raudhah
Masih tak habis-habis lagi kisah yang melibatkan Rita Rudaini, Ayu Raudhah dan suami mereka. Kalau anda masih ingat, Rita Rudaini pernah dianggap meroyan oleh Zaquan kerana menulis kata-kata yang tidak sesuai kepada Ayu Raudhah. Tidak mahu ada salah faham, hari ini Ayu tampil di Kosmo untuk menjelaskan keadaan.
Kami tertarik dengan kenyataan Ayu yang menyatakan dirinya tidak pernah ada masalah dengan Rita Rudaini sebelum perkahwinannya dengan Zaquan. Dan paling penting, Ayu tidak tertekan membaca kata-kata yang ditulis oleh Rita Rudaini. Itu sangat penting terutamanya kepada wanita mengandung. Kata Ayu:-
Saya tidak tertekan dengan kenyataan dia (Rita). Dia kata keguguran saya adalah balasan daripada Tuhan, tapi Alhamdulillah, saya kini mengandung lagi. Saya tidak mahu riak sebenarnya mungkin belum rezeki saya dikurniakan anak ketika itu. Dia cakap saya yang sebarkan fitnah mengenai dirinya. Saya tidak tahu fitnah apa yang dimaksudkannya. Sebelum ini saya rasa tidak pernah ada masalah dengannya. Cuma, sebelum berkahwin dengan Zaquan dengan tiba-tiba dia tuduh saya macam-macam. Saya tidak faham.
Susah nak cakap siapa yang berada di pihak yang benar. Sebagai peminat, marilah kita doakan agar kedua-dua wanita ini berbaik-baik semula. Gaduh pun tak guna jugak. Buat penat otak je nak memikir. Semoga dibukakan pintu hati mereka berdua untuk bermaafan dalam masa yang terdekat ini.
No comments:
Post a Comment