Gambar: Sekitar Konsert Tentang Bahtera, Penampilan Sulung Ariel & NOAH
Semalam berlangsung konsert Tentang Bahtera yang menjadi salah satu lokasi jelajah 24 jam NOAH yang juga merupakan kehadiran pertama mereka di Malaysia.
Konsert Tentang Bahtera yang turut di’serikan penampilan
bertenaga 6ixth Sense, The Malayan & Gamaliel Audrey Cantika (GAC)
mengambil tempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail.
Media Indonesia hari ini menyifatkan jelajah 24 jam NOAH ini sebagai
sesuatu yang telah memecahkan rekod industri muzik mereka selain menjadi
satu pencapaian hebat.
Jelajah yang di’beri nama Born To Make History ini memulakan
kembara di Melbourne sebelum ke Hong Kong, Kuala Lumpur & berakhir
di tanah kelahiran mereka Jakarta, Indonesia.
Kepada anda yang tidak berkesempatan untuk hadir ke konsert semalam,
ini beberapa keping gambar untuk tatapan anda. Lain kali sila beli
tiket, ya? Enjoice!
No comments:
Post a Comment